Kura-Kura dan Monyet (Malay Version)
Pada dahulu kala, ada seekor monyet yang berkawan baik dengan seekor kura-kura . Mereka sangat menyayangi antara satu sama lain, walau ke mana saja, mereka akan pergi berdua dan apa saja yang mereka perolehi akan dikongsikan bersama. “Kita tidak akan mengabaikan sesama sendiri selagi ada hayat.” Begitulah janji mereka.

Satu hari semasa mereka sedang berjalan di tebing sungai untuk mencari makanan, mereka terlihat sebatang anak pokok pisang terapung-apung berhampiran dengan tebing sungai tersebut. Mereka terfikir sekiranya mereka dapat menanam pokok pisang sendiri, mereka tak perlu lagi merayau-rayau untuk mendapatkan makanan. Maka mereka pun mengambil keputusan untuk menanam pokok pisang tersebut. Hari berganti hari pokok pisang yang mereka tanam semakin membesar dan akhirnya menghasilkan buah. Begitu seronoknya mereka sambil menunggu buah pisang itu masak. Tiba masa yang di tunggu, akhirnya buah pisang itu masak.

Bersama-sama mereka pergi untuk mengambil buah pisang tersebut. Sementara si monyet memanjat pokok pisang, si kura-kura menunggu di bawah. Satu demi satu si monyet memakan pisang-pisang itu dan menjatuhkan kulit-kulitnya kepada si kura-kura. Bila si kura-kura menyedarinya, dia pun berkata kepada si monyet, “Berikan juga pada ku isinya, aku pun teringin nak merasakannya.” Namun si monyet yang telah menjadi tamak tidak menghiraukannya. Si kura-kura terasa tertipu, dengan perasaan kecewa dia berlalu pergi meninggalkan si monyet dan selepas itu mereka tidak lagi kelihatan bersama.

My little niece, Ony who never get bored even if I have to repeat the same story 100 times
3:58 PM | grandma's tales | No comments


